Kebanyakan akhbar utama tempatan hari ini memetik berita Biro Pencegah Rasuah (BPR) telah merampas sejumlah harta dalam bentuk tunai dan aset bernilai RM1.5 juta dari penjawat awam di negeri Selangor pada tahun 2007. Meskipun sumber berita telah tidak menyatakan nama dan jabatan penjawat awam tersebut, persepsi umum ialah mereka adalah berbangsa melayu, yang secara automatiknya beragama islam.
Soal mengapa mereka mengambil rasuah telahpun dibincangkan secara panjang berjela sejak sekian lama oleh pelbagai lapisan masyarakat, yang tak perlu diulangi. Lagi pun kita tidak perlu untuk menjadi "rocket scientist" (ahli sains roket atau beroket??) untuk memahami mengapa seseorang itu sanggup memberi dan menerima rasuah.
Semua orang tahu bahawa melebihkan gaji kumpulan perkhidmatan tertentu tidak akan mengurangkan rasuah, Semua orang tahu bahawa dengan ceramah-ceramah kesedaran yang dijalankan tidak akan mengurangkan rasuah. Tetapi itulah yang selalu diwarwarkan sebagai kaedah penyelesaian utama. Mengapa begitu?
Saya pun tak tau.
Semua orang tahu bahawa sifat tamak dan mahu tampak lebih mewah, kaya, hebat dan bergaya dari jiran dan rakan-rakan yang mendorong seseorang menerima rasuah. Semua orang tahu bahawa hati yang miskin iman, islam dan ihsan yang menjadi punca kepada berleluasanya rasuah. Tapi tak nampak pun fokus penyelesaian menjuruskan kepada inti permasaalahan. Mengapa begitu?
Saya pun tak tau.
Jadi, adakah ujud penyelesaian terhadap gejala rasuah ini?
Saya pun tak tau.
Selepas pengalaman hari pertama, pada malamnya Irfan berulang kali menyatakan dia nak bercuti keesokannya. Jenuh memikirkan idea untuk memberikan jawapan yang bernada memujuk. Pun begitu, dia tidur awal malam itu, keletihan agaknya.
Keesokan pagi, ketika dikejutkan jam 6:45 pagi, dia segera bangkit. Permintaannya cuma untuk mandi menggunakan air suam, yang dengan segera dipenuhi. Petanda baik nampaknya. Mungkin dia teruja kerana melihat abang dan kakaknya telah pun lengkap dengan seragam sekolah masing-masing.
Bagaimanapun, apabila tiba di kelasnya, dia tak membenarkan aku meninggalkannya. Berulang kali di minta kepastian supaya aku terus berada bersamanya dalam kelas dengan mata yang berkaca. Bersekolah sehari lagi nampaknya, kataku di dalam hati. Sambil-sambil mencari akal untuk menyelesaikan masaalah tersebut, aku senyum kepada rakan sekelas yang berkongsi meja dengan Irfan. " Nama cek Iqmal", katanya tanpa di tanya.
Wah, peramahnya budak ni, kataku dalam hati. Oleh kerana guru kelas masih belum tiba, aku terus bersembang dengan Iqmal. Sambil itu, aku terus berusaha mencari jalan supaya Irfan dan Iqmal dapat berkawan, dan seterusnya masaalah ini dapat diselesaikan.
Alhamdulillah, tak sampai lima minit, mereka terus berkawan dan bergelak bersama. Dapat aku meninggalkan Irfan untuk membuat pembayaran yuran kesemua anak-anak disamping menyelesaikan urusan buku latihan dan buku teks mereka.
Tanpa di duga, Iqmal menjadi penyelamat kali ini. Terima kasih Iqmal!
Petang tadi jumpa kawan lama sambil minum petang. Panjang jugalah berceritanya. Cerita tentang politik, ekonomi, kerjaya dan lain-lain. Ada satu satira yang diceritakan olehnya, yang walaupun kedengaran lucu, tetapi ada maksud yang tersirat.
Begini ceritanya;
Di dalam sebuah kampung yang hanya dihuni oleh para binatang (lebih kurang seperti cerita Animal Farm oleh George Orwell), ada seekor kambing dan ayam jantan. Masing-masing adalah merupakan antara tokoh terkenal tempatanlah, boleh dikatakan gitu. Mereka saling menonjolkan diri masing-masing untuk merebut pengaruh dikalangan binatang-binatang yang lain. Setiap kali ada kesempatan, mereka akan saling cuba menjatuhkan antara satu sama lain dimata umum.
Antara mereka berdua, si kambinglah yang terlebih licik. Dengan berimejkan kealimannya, dia meraih sokongan ramai meskipun perangainya dibelakang mereka boleh dikatakan agak ligat. Kita boleh katakan sikambing ni jenis yang hipokritlah. Lain di depan, lain dibelakang. Si ayam pula terkenal dengan sifat kasanovanya, dengan ramai makwe keliling pinggang. Tapi dia berterus terang saja dan tidak menyembunyikan perangai buayanya dari para pengikiutnya.
Suatu petang, seperti kebiasaan mereka berdebat sambil minum petang di kedai kopi yang terkenal di daerah mereka (kira macam Starbuck lah di zaman sekarang), bermacam perkara yang mereka debatkan, dari isu-isu semasa yang menjadi punca perselisihan mereka, sehinggalah kepada hal-hal yang di dalam kelambu masing-masing.
Senja sudah hampir menjelang. Sikambing tersenyum lebar di dalam hatinya. Fikirnya dia telah memenangi pusingan kali ini. banyak isu-isu yang telah ditimbulkannya telah tidak dapat dibalas dengan memuaskan oleh si ayam jantan. Dia berkira-kira untuk memberikan satu pukulan maut kepada si ayam.
"Bapak ayam", kata si kambing sambil tersenyum sinis. "Awak ni nampak hebat, ada mahkota balong, merah macam biji saga, jubah berkilat dan berwarna-warni, pergi sana-sini bawa keris terhunus, tapi jalan tak pakai kasut". Sehingga seisi kampung buat perumpamaan berkaki ayam", tambah si kambing lagi.
Termenung si bapak ayam. Sambil tergaru-garu kepala, dia mendapat satu idea bernas untuk menjawab sindiran kambing.
"Kambing", balas si ayam. Hang ni nampak tungau seberang laut, gajah depan mata pun tak nampak. Hang tu nampak je alim, janggut lebat dan panjang, jalan sopan santun berkasut, tapi jalan sana sini teloq terkontang kanting.
Kambing terus tersedak kopi lattenya mendengar kata-kata ayam tersebut.
Begitulah cerita tersebut seadanya.
(Nota: Telah diubah suai dan ditokok tambah oleh editor secara bebas).
Hari ini ialah hari pertama musim persekolahan bagi tahun 2008. Ianya merupakan hari yang sibuk bagi kebanyakan ibu bapa. Dalam hal ini, kami juga tidak terkecuali. Pada tahun lepas, kami mempunyai dua orang anak yang telah memasuki zaman persekolahan, iaitu Abdul Muizz dan Nurul Iman diperingkat tahun lima dan dua masing-masingnya.
Pada tahun ini, kami mempunyai seorang lagi yang akan memasuki persekolahan, iaitu Irfan. Kesemua anak-anak kami tidak memasuki peringkat pra-sekolah, jadi ini menambahkan lagi cabaran yang akan dihadapi.
Selepas selesai sessi taklimat oleh Guru Besar SK Sri Indra, kami dikehendaki membawa anak-anak masing masing kekelas yang telah ditetapkan. Irfan pada mulanya nampak ok, tetapi setelah 5 minit berada di dalam kelas, dia meluru keluar mencari aku yang berada disana. Takut, malu dan tak biasa katanya apabila aku menyuruhnya memasuki kelas.
Aku cuba juga memujuk sambil menghantarkan ketempat duduknya, namun dia tetap tidak mahu duduk dan mengajak ku balik. Nampaknya tak sempatlah aku nak melakukan urusan pembayaran yuran serta pengambilan buku teks. Memikirkan takut menimbulkan fobia bagi dirinya untuk hari2 yang seterusnya, aku beralah. Jom lah kita balik, kita datang esok pulak ye? Kataku dalam nada memujuk.
Jadi itulah hari pertama Irfan disekolah, dan semoga besok dia dapat bertahan lebih lama.