Selamat Menyambut Hari Lahir Ke 12
Selamat Ulang Tahun ke 12 untuk Abdul Muizz dari Abah dan Umi !!!
Hari ini genap 12 tahun usia Abdul Muizz (cepatnya masa berlalu … dah remaja dia). Di kesempatan ini abah dan umi ingin mengucapkan selamat berjaya dan semoga berupaya menempuh zaman remaja yang jauh lebih mencabar berbanding dengan zaman kanak-kanak dahulu.
Muizz di depan Muzium Kota Kayang, Kangar
Cabaran yang pertama ialah untuk menempuh UPSR pada sekitar bulan september ini. Dan cabaran pertama sebagai lelaki (berkhatan ler tu) akan di tempuhi pada penghujung tahun ini.
Abdul Muizz adalah anak kami yang pertama. Za mengandungkannya semasa kami di Penang (aku sambung belajar … off sat dari kerja di Mimos). Di lahirkan di Hospital Besar Kota Bharu pada awal pagi (sekitar 4 pagi) 1 Julai 1996. Masih teringat betapa gelabah dan cemasnya aku menunggu khabar dari bilik bersalin (Za di masukkan sejak jam 10 malam) sambil bertemankan nyamuk yang super-besar dan banyak. Kemudian menjelang 4.30 pagi baru dapat pengumuman kelahiran. Betapa gementar mental dan fizikal untuk menimang anak pertama sambil mengazankannya.
Sewaktu berusia 5 bulan
Bersama abah di Oakwood Apartment, Austin, Texas (Julai 1997)
Sekitar usianya 3 bulan, baru ku bawa tinggal bersama-sama di Kuala Lumpur. Masa tu baru kerja, hanya mampu menyewa rumah flat murah di Taman Rakan, Cheras. Beberapa tahun di sana sehingga rumah kami di Taman Bukit Serdang siap untuk di duduki. Abdul Muizz bersekolah di SK Bukit Jalil semasa darjah 1 dan 2.
Di depan rumah di Taman Bukit Serdang, Selangor
Pandangan tipikal setiap pagi semasa Darjah 1
Kemudiannya kami pindah ke Jalan Kebun, Shah Alam. Sekali lagi beliau berpindah sekolah. Kali ini di SK Kota Kemuning, Shah Alam. Bersekolah di sana sehingga darjah 4.
Pertengahan tahun 2006, sekali lagi kami berpindah. Kali ini tercampak nun ke utara semenanjung. Jadi, Muizz pun turut bertukar sekolah lagi sekali, SK Sri Indra, Kangar.
Ehmmm ... jauh dan luas juga perjalanan hidup Si Muizz. Dalam kandungan di Penang, di lahirkan di Kelantan, menetap di beberapa tempat di Kuala Lumpur dan Selangor sebelum terdampar di Perlis.
Sebagai anak lelaki sulung yang turut bersama sama kami menempuh pelbagai turun naik kehidupan, besar harapan kami agar perkara tersebut memberikan impak yang positif terhadap kehidupan masa depannya. Apa yang diperhatikan, beliau telah berjaya menunjukkan kepimpinan yang baik kepada adik-adiknya (walau pun agak selalu moody J).
Comments
ini website hok demo nok : http://www.internet-webhosting.com/, kalu nok register as affiliate, u can click n register for free.
no tepon iman 0126473989 for futher information. tq