Saya Pun Tak Tau
Kebanyakan akhbar utama tempatan hari ini memetik berita Biro Pencegah Rasuah (BPR) telah merampas sejumlah harta dalam bentuk tunai dan aset bernilai RM1.5 juta dari penjawat awam di negeri Selangor pada tahun 2007. Meskipun sumber berita telah tidak menyatakan nama dan jabatan penjawat awam tersebut, persepsi umum ialah mereka adalah berbangsa melayu, yang secara automatiknya beragama islam.
Soal mengapa mereka mengambil rasuah telahpun dibincangkan secara panjang berjela sejak sekian lama oleh pelbagai lapisan masyarakat, yang tak perlu diulangi. Lagi pun kita tidak perlu untuk menjadi "rocket scientist" (ahli sains roket atau beroket??) untuk memahami mengapa seseorang itu sanggup memberi dan menerima rasuah.
Semua orang tahu bahawa melebihkan gaji kumpulan perkhidmatan tertentu tidak akan mengurangkan rasuah, Semua orang tahu bahawa dengan ceramah-ceramah kesedaran yang dijalankan tidak akan mengurangkan rasuah. Tetapi itulah yang selalu diwarwarkan sebagai kaedah penyelesaian utama. Mengapa begitu?
Saya pun tak tau.
Semua orang tahu bahawa sifat tamak dan mahu tampak lebih mewah, kaya, hebat dan bergaya dari jiran dan rakan-rakan yang mendorong seseorang menerima rasuah. Semua orang tahu bahawa hati yang miskin iman, islam dan ihsan yang menjadi punca kepada berleluasanya rasuah. Tapi tak nampak pun fokus penyelesaian menjuruskan kepada inti permasaalahan. Mengapa begitu?
Saya pun tak tau.
Jadi, adakah ujud penyelesaian terhadap gejala rasuah ini?
Saya pun tak tau.
Comments
Lama-lama kita sendiri yang kepenatan. Ko guano bakal doktor?