Nama Cek Iqmal
Selepas pengalaman hari pertama, pada malamnya Irfan berulang kali menyatakan dia nak bercuti keesokannya. Jenuh memikirkan idea untuk memberikan jawapan yang bernada memujuk. Pun begitu, dia tidur awal malam itu, keletihan agaknya.
Keesokan pagi, ketika dikejutkan jam 6:45 pagi, dia segera bangkit. Permintaannya cuma untuk mandi menggunakan air suam, yang dengan segera dipenuhi. Petanda baik nampaknya. Mungkin dia teruja kerana melihat abang dan kakaknya telah pun lengkap dengan seragam sekolah masing-masing.
Bagaimanapun, apabila tiba di kelasnya, dia tak membenarkan aku meninggalkannya. Berulang kali di minta kepastian supaya aku terus berada bersamanya dalam kelas dengan mata yang berkaca. Bersekolah sehari lagi nampaknya, kataku di dalam hati. Sambil-sambil mencari akal untuk menyelesaikan masaalah tersebut, aku senyum kepada rakan sekelas yang berkongsi meja dengan Irfan. " Nama cek Iqmal", katanya tanpa di tanya.
Wah, peramahnya budak ni, kataku dalam hati. Oleh kerana guru kelas masih belum tiba, aku terus bersembang dengan Iqmal. Sambil itu, aku terus berusaha mencari jalan supaya Irfan dan Iqmal dapat berkawan, dan seterusnya masaalah ini dapat diselesaikan.
Alhamdulillah, tak sampai lima minit, mereka terus berkawan dan bergelak bersama. Dapat aku meninggalkan Irfan untuk membuat pembayaran yuran kesemua anak-anak disamping menyelesaikan urusan buku latihan dan buku teks mereka.
Tanpa di duga, Iqmal menjadi penyelamat kali ini. Terima kasih Iqmal!
Comments