Bang Bai Mai, Tasala, Nakhon Sitamarat
Berpeluang melawat ke beberapa universiti di wilayah selatan Thailand. Agak melucukan, meskipun tinggal dinegeri yang bersempadan, ini kali pertama merentasi sempadan thailand.
Makan malam di perkampungan nelayan islam di Nakhon Sithamarat (dikenali Legor di kalangan orang Kelantan). Perkampungan yang agak terbiar, tapi masakannya yang berhak mendapat pujian.Selepas makan, bulan telah pun mengambang di ufuk. Sayang sekali tak ada tripod, kalau tidak boleh hasilkan photo yang lebih baik.

Comments